Sunday, February 14, 2010

Oh, my blog

Hari ini 14th February 2010, hari pertama Chinese New Year & Valentine day 2010 jatuh pada hari yang sama.
Tak ada yang menarik langsung hari ni, malah rasa lebih bosan dari hari yang sebelum ni, munkin disebabkan itu membuatkan ku tergerak hati nak menulis di blog ini.

Kalau diimbas kembali, disepanjang aku meninggalkan blog ini, macam-macam dah berlaku. Semenjak meninggalkan PNA pada 13th Feb 2009, pergi ke France & Spain pada April 2009, memulakan karea baru dengan Prudential pada June 2009 dan mendapat tawaran kerja dengan PESB pada Dec 2009. 2009 adalah tahun yang memang mencabar kerana dengan mengambil keputusan mengambil VSS dari kompany sebelum ni agak merisaukan kerana tau-tau lah, duit banyak tu bukan nya cukup sangat dengan commitment orang yang macam aku ni.
Syukur alhamdulliah, rezeki tu tak putus kata orang. Duit VSS ada lagi tau..syyys...

Anak lelaki ku, Daniel Shaffiq telah selamat menduduki peperiksan UPSR dengan keputusan 3A, 2B. agak mengecewakan kami sekelurga dan menggangu fikiran jugak kerana kawan2 yang sama tempat tuition dia dapat 5A. Itu lah yang menambahkan rasa'tension' bila kawan2 sendiri yang bertanya. Tapi itulah hakikatnya.

Bapa angkat ku telah kembali menemui Ilahi pada April 2009. Arwah bapa angkat ku itu adalah ayah kepada kawan Karib ku Mizan Adilah. Arwah telah sanggup mendermakan darah nya pada suatu ketika dulu untuk diri pada pada ku sakit dan menyebabkan emak ku ingin mengikatkan petalian anak dan bapa angkat itu. Malangnya kini hanya tinggal nama. Al-Fatihan...Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama ornag beriman. Al fatihan juga untu arwah abah ku.

Keluarga terdekat kami, emak mertua ku juga telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2 Oct 2009 . Aku mengikuti semua upacara walaupun berlainan agama. Memang ianya pengalaman pertama setakat ini, menyangsikan adat pengkebumian orang Sikh.

Selain dari itu adalah pengalaman2 bersama prudential. Seminggu di Genting bersama semua ahli baru membuatkan kami ingin membuktikan bahawa 'Kami tak silap memilih bidang ini'. Mudah-mudahan..

Semenjak Dec 2009, bekerja dengan PESB menjadikan aku bertambah sibuk. Dengan hadirnya tahun baru 2010, dengan semangat dan target baru dari Bos Prudentian membuat kan aku seolah2 tak menang tangan kata orang. tapi rasanya setakat ni 'manageable'.

2010 yang datang, yang dikatakan tahun Harimau oleh bangsa Cina seolah-olah memang betul dengan karea aku setakat ini. Tahun inilah yang akan menentukan samada boleh atau tidak. Yes..I can..

Anak perempuan ku, Dieana Serene dapat tukar sekolah ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah, Alhamdulliah senang pulak dapat tukar. Daniel masih disekolah yang sama (ACS) untuk tingkatan satu nya.

Dan yang paling penting sekali, anak ku Darine telah selamat menyambut hari jadinya ynag ke 2 tahun pada 6hb Feb yang lepas. Tengoklah dah 2 tahun Darine ku.. Bulat-Bulat Mummy.

No comments: